Featured Article
Showing posts with label 2013. Show all posts
Showing posts with label 2013. Show all posts

Johor Ambil Pemain Ternama Untuk Kuasai Liga M - Tunku Ismail

Assalamualaikum, JOHOR BAHARU, 17 Dis - Tujuan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim mengambil pemain ternama adalah untuk meletakkan pasukan itu di barisan hadapan dalam arena bola sepak negara serta menjadi pasukan unggul dalam Liga M.

Sejajar dengan itu, presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mengingatkan pemain bahawa penyertaan mereka dalam pasukan itu bukan untuk tujuan 'makan angin', tetapi sebaliknya perlu berusaha untuk menjadikannya pasukan terbaik.

"Pasukan ini bukan tempat untuk menikmati percutian di mana pemain datang untuk mengambil gaji dan berehat, tapi mereka perlu bermain dengan sepenuh hati," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

PBNJ menjadi perhatian ramai sejak beberapa bulan lepas kerana dikatakan berbelanja besar untuk mengambil ramai bintang bola sepak asing dan tempatan untuk bermain dengan pasukan Johor Darul Takzim, yang dulunya dikenali sebagai Johor FC.

Antara pemain tempatan terkenal yang diambilnya ialah Safee Sali, Muslim Ahmad, Aidil Zafuan dad Zaquan Adha Radzak, ketua pasukan kebangsaan Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan Azmi Muslim, manakala bintang luar negara pula ialah pemain tengah Itali Simone Del Nero dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol Daniel Gonzales Guiza.

"Saya amat bersyukur kerana kami mempunyai para pemain yang cukup berbakat dalam pasukan ini dan saya, serta jurulatih Fandi Ahmad, sangat berpuas hati dengan pasukan ini dan akan memberi tumpuan untuk melatih mereka dari segi taktikal dan mental".

Fandi, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, memberi amaran keras kepada para pemain bahawa status mereka sebagai bintang tidak menjadi tiket untuk mereka tersenarai sebagai kesebelasan utama bagi setiap perlawanan. - Bernama

[HOT] Justin Bieber sah akan berlakon bersama aktor Mark Wahlberg

Assalamualaikum, dia mungkin telah dipandang remeh oleh Grammys , tetapi Justin Bieber sentiasa bergerak ke atas . Peranan penyanyi ini dalam filem panjang Mark Wahlberg akhirnya telah disahkan .


Beliau secara rasmi di atas kapal dan perkara gila seterusnya adalah memikirkan jadual gila dia yg sgt padat , yang hanya semakin sibuk dengan pengumuman tarikh baru tour beliau , jadi the in-demand teen boleh mencari masa untuk shooting .

"Skrip yang baik dan kini kami sedang berusaha untuk memikirkan jadual keseluruhan dia," Wahlberg , yang akan bersama-bintang dengan The Biebs dalam filem itu, katanya . Lebih banyak butiran mengenai Watak Biebs telah diturunkan . Dia akan memegang watak seorang pemain bola - iaitu , pemain bola keranjang dan pintar yang dibimbing oleh watak Wahlberg .

Latar tempat adalah berdasarkan dunia bola keranjang tengah bandar . Sejak Biebs telah menunjukkan badan tegap beliau melalui gambar tanpa baju di Twitter , kita tidak ragu-ragu bahawa dia akan menjadi 'believable' - kita maksudkan 'beliebable' - sebagai seorang atlet .

Kita hanya boleh membayangkan The Biebs dan Berg sedang berebut bola keranjang satu sama lain . Bloggerian dan Beliebers , adakah anda teruja untuk melihat The Biebs pada skrin besar ? Yeah , get ready for it .

Wajah Baru Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan [PBNS] 2013

Assalamualaikum, admin nak tunjukkan wajah2 baru pemain yg akan berperang di atas padang pada 2013 nanti .

Coach dan Penjaga Gol baru

Pertahanan baru

Midfield dan Penyerang baru

SEMOGA PBNS AKAN BANGKIT SEMULA PADA MUSIM HADAPAN !!! HOBIN JANG HOBIN !!!

T-Team Umum 26 Nama Pemain Untuk Musim Depan

Assalamualaikum, KUALA TERENGGANU, 4 Dis - T-Team hari ini menyenaraikan nama 26 pemain termasuk dua pemain import untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rashid Jusoh berkata pihaknya kini dalam proses membuat pendaftaran pemain dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang akan ditutup Khamis ini.

"Bagi musim baru ini, rata-rata pemain tempatan kita berumur bawah 25 tahun kecuali ketua pasukan, Mohd Marzuki Yusof yang akan masuk usia 32 tahun depan.

"Kita membuat pemilihan pemain yang tepat kerana matlamat kita ialah untuk mencapai sekurang-kurangnya sasaran satu piala dapat dibawa pulang tahun depan," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra pemain dengan peminat di sini hari ini.

Turut hadir jurulatih Peter James Butler yang juga bertindak selaku pengurus pasukan.

Terdahulu T-Team mengikat kontrak selaa setahun dua pemain import iaitu Antwi George Boateng dari Ghana dan Caleb Colman Folan dari Ireland.

Menurut Rashid, untuk persiapan tahun depan, T-Team terpaksa menggunakan khidmat ramai pemain luar dari Terengganu berikutan ramai pemainnya telah berhijrah ke pasukan negeri lain.

Senarai Pemain T-Team 2013:

---------------------------

PENJAGA GOL:

Suhardy Alby, Mohd Iqbal Suhimi.

PERTAHANAN:

Mohd Shazlan Alias, Md Hassan Basri Ahmad Ridzuan, Aizulrizwan Mustafa, Mohd Nuraliff Zainal Abidin, G. Mahathevan, Mohd Marzuki Yusof, Mazlizam Mohamad, Mohd Syuhiran Zainal, Humaidi Azmi.

TENGAH:

Ismal Halil, Saiful Mohamad, Mohamad Hasbullah Awang, Antwi George Boateng, Mohd Badrul Hisyam Morris, Azrul Hazran Amiluddin Baki, Shafuan Adli Shaari, Pritam Singh Charun Singh, Muhamad Naim Zakaria, Muhammad Hafizan Talib, Ahmad Takhiyuddin Roslan.



PENYERANG:

Mohd Muinuddin Mokhtar, Abdul Latiff Suhaimi, Caleb Colman Folan, Yusri Abas. - Bernama

Kelantan Perkenal Lima Pemain Baru Untuk Musim Depan

Assalamualaikum, KOTA BAHARU, 3 Dis - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membariskan lima muka baru termasuk dua pemain import untuk saingan Liga Malaysia serta kejohanan Piala Konfederasi Asia musim depan.

Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata pemain tersebut ialah bekas kapten T-Team, Zairo Anuar Zailani dan rakan sepasukannya, Faiz Subri serta pemain Johor FC, Haris Safuan.

Sementara pemain import terdiri daripada pemain Sydney FC, Dmitrios Petratos, 23, yang bermain di Liga Australia (A League) serta Lek Kcira, 29, dari Croatia dan pernah bermain bersama kelab liga utama di Iran dan Croatia sebagai pemain pertahanan.

Dmitrios Petratos juga pernah bermain bersama skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun Australia dan bertindak sebagai penyerang, selain mewakili skuad Bawah 20 pada kejohanan Piala Dunia FIFA di Columbia.

"Ketua jurulatih (Bojan Hodak) akan menguji kemampuan sebenar Dmitiros sebelum meletakkan beliau untuk bermain di Liga Malaysia ataupun AFC. - Bernama

Ronaldo, Messi, Iniesta. Calon FIFA Ballon d'Or 2012

Assalamualaikum, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Andres Iniesta telah diumumkan sebagai tiga finalis yang akan bersaing untuk FIFA Ballon d'Or 2012. Pengumuman ini disampaikan pada konferensi pers di Sao Paulo, Khamis (29/11).


Lionel Messi menjadi favorite juara dan telah menerima anugerah ini selama tiga musim berturut-turut. Ia kembali mendapat persaingan dengan pemain dari kelab rival Real Madrid, Cristiano Ronaldo, dan rakan sepasukan di Barcelona, Andres Iniesta.


Iniesta masuk menjadi salah satu finalis dari 23 calon untuk kedua kalinya, menempati tempat kedua pada 2010, dan keempat pada 2011. Sementara itu Xavi Hernandez, yang selalu berada di tempat ketiga dalam tiga musim terakhir anugerah Ballon d'Or, tidak tercalon dan juga tersingkir bersama Radamel Falcao, Iker Casillas, dan Andrea Pirlo.

Jurulatih Spanyol, Vicente del Bosque, Jose Mourinho (Real Madrid), dan Pep Guardiola, yang menangani Barcelona musim 2011/12, masuk dalam tiga calon peraih Ballon d’Or Coach of the Year award, seperti dikatakan Football Espana.

Sementara itu, Falcao, menjadi calon peraih penghargaan yang lain iaitu FIFA Puskas untuk gol terbaik pada musim lalu. Tendangan gunting Falcao saat melawan America Cali pada Mei 2012, akan bersaing dengan gol Neymar dan Miroslav Stoch.

Pemenang edisi 2012 akan diumumkan pada acara gala FIFA Ballon d'Or yang dijadualkan berlangsung pada 7 Januari 2013.

PLKN Siri 10/2013

Assalamualaikum, haa ni admin nk cerita kisah admin masa pi PLKN dulu. eh, baru je la, tahun ni jugak :D ahaks .

okay masa dapat tau yg admin diterima masuk [x rela pada mulanya] mmg sumpah seram . wakakakak . sebab admin duduk Seremban , then dpt kem dekat Johor . pergghhh , jaoh siak [style budak JB] . Masa nk pergi tu , rasa sedih nk tinggalkan family masa diorang hantar admin naik bas PLKN . Tp nk buat mcm mana , hutang kita dgn negara :D .

dalam bas tu , ada 12 org je , xramai sbb JLKN bahagikan sama rata untuk ke kem lain [luar negeri sembilan] . mmg admin duduk sensorang la jawabnya . masa tu Jurulatih [korang kena panggil cikgu tau] akan bagi duit belanja [sumpah terkejot] . jumlah berdasarkan pelatih yg ada dlm bas , kalo ramai , sikit je dia bagi dan sebaliknya .

2jam perjalanan , sesampai je di sana , rilek makan kuih dulu :D pastu lepak kt dlm DK [dewan kuliah] . dengar cikgu bagi penerangan untuk sesi pendaftaran . masa tu admin berkenalan dgn member sorang dari Seremban jugak .

Ada 4 kompeni , Alpha Bravo Charlie Delta . korang masuk kompeni ni ikut random je . lepas tu pergi kt operator kem , amek cadar dgn selimut then terus ke dorm [dormitory] .

lepas tu botak kepala la wei , ingat x botak ke ? hahaha , segan siot lalu depan awek :P . lepas tu pi amek set Baju Celoreng, Baju Kelas, Baju PT . byk wei

okey xlarat cerita byk2 , biar admin skip kan utk korang . list yg korang kena amek tahu [bukan pi amek tauhu kt peti ais tu] .

  • Bawa Kad BSN [kalau xada, korang kena daftar masa kt kem]
  • Bawa pakaian tu xpayah banyak2 . nanti malam korang tidur pun bukan pakai baju lelawa .
  • Bawa set pakaian lawa hanya utk malam perpisahan [masa nk tamat latihan]
  • Baldi? kt koperasi dlm kem tu ada jual [kalau xnk beli , bawak la]
  • Setiap hari Ahad keluarga korang boleh dtg melawat
  • Yang mana pandai kawad tu, ckp kat cikgu nk jd I/C Skod [ketua platun, sng banyak sijil]
  • Yang mana pandai melukis, sumbangkan la lukisan korang kat bendera kompeni :D
  • TransSupport bermakna pumping [pamping kata budak kecik]
  • Duit kalo byk simpan baik2
  • Bagi yg nk sambung belajar tu , baik korang g PLKN . ni hutang kepada negara tau , lewat2 nanti rugi
  • Tak tau nk check kt mana penempatan? nanti sampai la surat tu . tunggu je , xyah gubra
  • Jgn baca je, sign up kt Bloggeria tau . :D

Jersi Malaysia: Design Mana pilihan Anda?

Assalamualaikum, tahniah Harimau Malaya kerana menang 4 - 1 ke atas Laos pada peringkat kumpulan AFF Suzuki Cup 2012 sebentar tadi.

Ni rekaan Jersi Baru Malaysia 2013

Korang minat dgn rekaan baru NIKE utk jersi Harimau Malaya kita ni? Admin xkisah dgn rekaan kerana jersi bukan penentu kemenangan. :D Peace

Jom tengok jersi2 rekaan admin.

Klik utk Tumbesaran
yg mana satu pilihan korang? :D

Anuar Manan Tunggu Kata Putus Tsg Untuk Beraksi Di Ltdl 2013

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 26 Nov - Pelumba basikal negara, Anuar Manan masih menunggu kata putus daripada Terengganu Cycling Team (TSG) berhubung kontraknya untuk beraksi bersama pasukan itu pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2013.

Anuar berkata untuk kembali beraksi bersama TSG, beliau telah menolak tawaran daripada beberapa pasukan termasuk tidak menyambung kontrak dengan pasukan Champion System Pro Cycling yang akan tamat pada akhir Disember ini.

"Sekarang saya tengah tunggu kontrak dan kata putus daripada TSG. Setakat ini saya tidak mendaftar dengan mana-mana pasukan dan memang mahu fokus bersama TSG.

"Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Ahmad Said) pun ada mencadangkan untuk tarik (mendapatkan khidmat) pelumba seperti saya dan Mohammed Adiq Husainie Othman untuk berkayuh (beraksi) bersama TSG," katanya pada sidang media 'Hot Ride Putrajaya, Naturally Langkawi Round Island' sempena LTDL 2013 di sini, Isnin.

 Anuar telah menandatangani kontrak bersama Champion System Pro Cycling Team sejak awal tahun ini. - Bernama
Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks

Popular Posts

Powered by Blogger.