Anuar Manan Tunggu Kata Putus Tsg Untuk Beraksi Di Ltdl 2013

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 26 Nov - Pelumba basikal negara, Anuar Manan masih menunggu kata putus daripada Terengganu Cycling Team (TSG) berhubung kontraknya untuk beraksi bersama pasukan itu pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2013.

Anuar berkata untuk kembali beraksi bersama TSG, beliau telah menolak tawaran daripada beberapa pasukan termasuk tidak menyambung kontrak dengan pasukan Champion System Pro Cycling yang akan tamat pada akhir Disember ini.

"Sekarang saya tengah tunggu kontrak dan kata putus daripada TSG. Setakat ini saya tidak mendaftar dengan mana-mana pasukan dan memang mahu fokus bersama TSG.

"Menteri Besar Terengganu (Datuk Seri Ahmad Said) pun ada mencadangkan untuk tarik (mendapatkan khidmat) pelumba seperti saya dan Mohammed Adiq Husainie Othman untuk berkayuh (beraksi) bersama TSG," katanya pada sidang media 'Hot Ride Putrajaya, Naturally Langkawi Round Island' sempena LTDL 2013 di sini, Isnin.

 Anuar telah menandatangani kontrak bersama Champion System Pro Cycling Team sejak awal tahun ini. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks