Johor Ambil Pemain Ternama Untuk Kuasai Liga M - Tunku Ismail

Assalamualaikum, JOHOR BAHARU, 17 Dis - Tujuan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim mengambil pemain ternama adalah untuk meletakkan pasukan itu di barisan hadapan dalam arena bola sepak negara serta menjadi pasukan unggul dalam Liga M.

Sejajar dengan itu, presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim mengingatkan pemain bahawa penyertaan mereka dalam pasukan itu bukan untuk tujuan 'makan angin', tetapi sebaliknya perlu berusaha untuk menjadikannya pasukan terbaik.

"Pasukan ini bukan tempat untuk menikmati percutian di mana pemain datang untuk mengambil gaji dan berehat, tapi mereka perlu bermain dengan sepenuh hati," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

PBNJ menjadi perhatian ramai sejak beberapa bulan lepas kerana dikatakan berbelanja besar untuk mengambil ramai bintang bola sepak asing dan tempatan untuk bermain dengan pasukan Johor Darul Takzim, yang dulunya dikenali sebagai Johor FC.

Antara pemain tempatan terkenal yang diambilnya ialah Safee Sali, Muslim Ahmad, Aidil Zafuan dad Zaquan Adha Radzak, ketua pasukan kebangsaan Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan Azmi Muslim, manakala bintang luar negara pula ialah pemain tengah Itali Simone Del Nero dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol Daniel Gonzales Guiza.

"Saya amat bersyukur kerana kami mempunyai para pemain yang cukup berbakat dalam pasukan ini dan saya, serta jurulatih Fandi Ahmad, sangat berpuas hati dengan pasukan ini dan akan memberi tumpuan untuk melatih mereka dari segi taktikal dan mental".

Fandi, yang turut hadir pada sidang akhbar itu, memberi amaran keras kepada para pemain bahawa status mereka sebagai bintang tidak menjadi tiket untuk mereka tersenarai sebagai kesebelasan utama bagi setiap perlawanan. - Bernama

2 comments:

Unknown said...

mari kita tunggu dan lihat team johor tahun depan...sejarah telah membuktikan lambakan pemain bintang tak menjanjikan prestasi cemerlang sesebuah pasukan....

Unknown said...

betul3. . sama2 kita nantikan

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks