PANAS: Lagi Domain DOT MY Percuma Sebanyak 2000!

Assalamualaikum, ha , sebelum ni diorang bagi kuota 1500 dan mmg ramai yg apply domain ni . Dan admin dpt emel dari ASIAHOST:

"Perhatian kepada pelanggan Asiahost,

Kami amat berterima kasih keatas tempahan anda terhadap domain .my, sekali lagi kami ingin meminta maaf keatas tempahan yang diproses lewat kerana kami menerima terlalu banyak tempahan yang tidak menepati syarat utama dari pihak .my DOMAIN REGISTRY.

Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah menerima lanjutan dari progam yang kami laksanakan sebelum ini sebanyak 1500 kuata domain yang berakhir dengan .my. kali ini kami akan memberikan lagi 2000 kuata secara percuma kepada mana-mana warga Malaysia yang berumur 18 sehingga 45 tahun terutama kepada blogger di Malaysia.

Kami ingin meminta pertolongan dari anda untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua warga blogger di Malaysia. Anda perlu sebarkan maklumat ini di halaman blog anda untuk membantu blogger lain mendapat peluang besar ini. Untuk maklumat anda, domain .my dijual dipasaran dengan harga RM120.00 dan dalam progam yang dianjurkan oleh 1MYID ini anda hanya perlu membayar yuran tahunan pada tahun ke-2 dan tahun seterusnya RM20.00 sahaja.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia".

So ape korang tunggu lagi ? Selalu beli domain kena bayar kan ? kali ni x perlu , diskaun 100% . Cuma bila dh cukup 1tahun , korang renew hanya RM20.00 . murah beb . ape lagi korang nak ?

Domain DOT MY ni menunjukkan korang memang menyokong negara korang sendiri :) dan domain ni juga sangat simple dan xpayah korang nk panjang lebar sangat domain blogspot korang kan (abcdefghijk.blogspot.com)

Amaran: isikan maklumat dengan tepat, sebarang kesilapan boleh mengundang masalah yg admin sendiri xdpt nak handle :P

Nota: bagi pendaftar berumur bawah 18tahun , boleh mendaftar atas nama ibubapa atau abang kakak jiran member sedara sedari sekalian . eh

Masalah ? komen

Guna apps kat bawah ni okay :)

Domain:


Lawat Partner kami: TeminFM radionet
Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks