Featured Article
Showing posts with label laos. Show all posts
Showing posts with label laos. Show all posts

Kontinjen Negara Lepasi Sasaran Pingat Emas, Ungguli Carta Punggutan Pingat

Assalamualaikum, VIENTIANE, 17 Dis (Bernama) -- Kontinjen negara melepasi sasaran pungutan pingat emas apabila meraih 39 pingat emas, 25 pingat perak dan 37 pingat gangsa pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) yang memasuki hari kelima.

Kontinjen negara mencapai sasaran pingat emas ke-36 menerusi perenang kebangsaan Khoo Cai Lin dalam acara 800 meter gaya bebas wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional dekat sini.

Pada acara hari ini, kontinjen negara terus menguasai carta kedudukan pingat dengan menambah 10 pingat emas, empat perak dan 10 gangsa.

Secara keseluruhan, Malaysia terus meninggalkan Vietnam di kedudukan kedua dengan 31 pingat emas, 18 perak dan 15 gangsa diikuti Thailand dengan 22 pingat emas, 30 perak dan 22 gangsa.

Ketua kontinjen Malaysia Profesor Dr Yahaya Ibrahim berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian atlet negara yang terus membuat kejutan dan meletakkan sasaran kedua iaitu 45 pingat emas bagi edisi kali ini.

"Kita capai sasaran 36 emas, saya optimis kita mampu capai 45 emas iaitu sasaran kedua kontinjen negara. Saya yakin dalam tempoh sehari dua ini, kita akan capai sasaran itu.

"Renang dan olahraga banyak membantu pasukan kontinjen negara mencapai sasaran. Kita juga tidak jangka acara silat turut menyumbang dua pingat emas hari ini," katanya kepada pemberita di sini.

Acara sukan yang menyumbang pingat hari ini ialah renang (empat pingat emas, satu perak dan satu gangsa; pencak silat (dua emas, dua perak dan dua gangsa); olahraga (dua emas dan dua gangsa), memanah (dua emas, satu perak dan tiga gangsa) dan judo (dua gangsa).

Temasya dwitahunan itu akan berakhir pada 20 Dis ini. - Bernama

Olahraga Tumpuan Koleksi Emas Kontinjen Malaysia Pada Hari Ketiga

Assalamualaikum, VIENTIANE, 15 Dis - Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas carta pungutan pingat dengan mengutip enam pingat emas pada hari ketiga temasya Sukan Universiti Asean (AUG 2012) di sini Sabtu.

Olahraga, yang membuka tirai di Stadium Kompleks Sukan Nasional, menjadi penyumbang terbesar pingat kepada negara dengan empat emas disusuli penerjun wanita negara Cheong Jun Hoong dan pasukan Kumite wanita.

Malaysia mendahului 10 negara lain dalam carta pungutan pingat dengan koleksi 15 emas, 12 perak dan 16 gangsa diikuti rapat oleh Vietnam dengan pungutan 14-13-9.

Thailand menghuni tangga ketiga dengan 10-12-15 dan diikuti tuan rumah Laos dengan 10 emas, tujuh perak dan 15 gangsa.

Dalam acara olahraga, atlet Sukan SEA negara, Nurul Sarah Abdul Kadir mencipta kejutan apabila meraih gelaran ratu pecut AUG 2012 dengan mengatasi juara bertahan Sukan SEA 2011 Unani Serafi dari Indonesia dalam acara 100 meter.

Nurul Sarah merakamkan catatan 12.14s, iaitu kelebihan tipis 0.01s ke atas pencabar terdekat, Pimpika Kannikom dari Thailand manakala Unani merangkul gangsa dengan catatan 12.34s.

Selain Nurul Sarah, atlet muda, Jackie Wong Siew Cheer menyumbang pingat emas pertama dalam acara baling tukul besi manakala dua emas lagi menerusi Mohamad Arif Zulhilmi Alet (400m lelaki) dan Mohd Hakimi Ismail dalam acara lompat kijang.

Selain kilauan emas, pasukan olahraga turut menyumbang tiga pingat perak menerusi Mohd Noor Imran Hadi bagi acara 100m lelaki, S.Kannathasan (400m lelaki) dan Mohd Amar Fitri Zainol (lompat kijang lelaki).

Pada hari terakhir di kolam renang Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional, Jun Hoong merangkul emas dalam acara 3m papan anjal individu dengan mengatasi rakan sepasukan Ng Yan Yee yang memperoleh pingat perak.

Di Gimnasium Chao Anouvong, skuad karate menutup tirai kejohanan dengan menambah satu emas menerusi acara kumite berpasukan wanita.

Secara keseluruhan skuad karate menyumbang tujuh emas, dua pingat perak dan lima pingat gangsa manakala skuad terjun pula mencapai sasaran empat emas dan dua perak.

Selain emas, sukan tenis hari ini menyumbang satu pingat perak menerusi acara berpasukan wanita, dua pingat perak dalam badminton (berpasukan wanita dan lelaki) dan tiga pingat gangsa dalam taekwondo. - Bernama

Malaysia Ungguli Carta Pungutan Pingat Hari Kedua Sukan AUG 2012

Assalamualaikum, VIENTIANE, 14 Dis - Kontinjen Malaysia mengungguli kedudukan punggutan pingat pada hari kedua temasya Sukan Universiti Asean (AUG 2012) dengan sembilan pingat emas, empat perak dan 12 gangsa.

Sembilan pingat emas disumbangkan oleh skuad karate dan terjun pada temasya dwitahuan yang membuka tirainya semalam.

Semalam, karate menyumbang tiga pingat emas manakala terjun meraih satu pingat emas.

Pada Jumaat, skuad karate dan terjun sekali lagi konsisten dengan menambah lima pingat emas, sekali gus memintas Vietnam di kedudukan kedua dengan lapan pingat emas, 10 pingat perak dan enam pingat gangsa.

Manakala tuan rumah, Laos menghuni tangga ketiga carta pungutan pingat dengan lapan pingat emas, enam pingat perak dan sembilan gangsa.

Skuad karate menambah tiga pingat emas menerusi Mohd Hatta Mahamut, K.Teagarajan dan M.Mathivani, masing-masing dalam kategori kumite lelaki bawah 84kg, kumite lelaki 75kg dan kumite wanita 61kg yang di Gimnasium Chao Anouvong, di sini.

Selain tiga pingat emas, skuad karate turut meraih satu pingat perak dalam kategori kumite lelaki 67kg serta dua gangsa bagi kategori kumite lelaki lebih84kg dan kumite wanita 55kg.

Skuad terjun menambah dua pingat emas menerusi atlet Olimpik, Bryan Nickson Lomas dan Leong Mun Yee masing-masing dalam acara 1m papan anjal lelaki dan 10m platform wanita.

Sementara itu, regu sepak takraw lelaki gagal mempertahankan kejuaraan edisi 2010 dengan selepas tewas kepada regu Thailand 0-3 pada final.

Manakala regu wanita berkongsi pingat gangsa dengan regu Vietnam.

Skuad petanque meraih satu pingat perak bagi acara perseorangan lelaki serta dua gangsa dalam acara perseorangan wanita dan acara berpasukan campuran manakala taekwondo menyumbang satu pingat gangsa bagi kategori lelaki welter weight 80kg. - Bernama

Sukan Bola Sepak AUG: Malaysia Kalah Kepada Laos

Assalamualaikum, VIENTIANE, 11 Dis - Pasukan bola sepak Malaysia kalah kepada pasukan tuan rumah Laos 0-3 pada perlawanan pertama peringkat kumpulan temasya Sukan Universiti Asean (AUG) yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Nasional di sini pada Selasa.

Dengan kemenangan itu, Laos berjaya menempah tiket ke separuh akhir sementara Malaysia akan menentang Singapura Khamis ini untuk turut menempah tiket ke separuh akhir.

Laos yang menurunkan pemain berpengalaman dilihat lebih banyak menguasai permainan.

Gol-golnya dijaringkan oleh Sitthideth Khanthavong pada minit ke-41, gol kedua oleh Khouta Sivongthong pada minit ke-83 sementara gol ketiga menerusi sepakan penalti Lembo Saysana pada masa tambahan.

Jurulatih Malaysia, Azman Eusoff tidak menyangka pasukannya kalah.

"Memang ada kelemahan di posisi pertahanan dan tengah. Saya lihat corak permainan Laos memberi masalah kepada pemain kita untuk menembusi pertahan mereka.

"Dengan kekalahan ini, ia memberi tamparan hebat buat pasukan saya dan mereka perlu berkerja keras menentang Singapura kelak," katanya. - Bernama

Acara Renang Dan Terjun Sandaran Utama Sumbang Emas Di Laos

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 3 Dis - Acara renang dan terjun menjadi sandaran utama Malaysia meraih pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) ke-16 di Laos yang akan berlangsung selama sembilan hari, bermula 12 Dis ini.

Ketua kontinjen Malaysia ke AUG, Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata selain dua acara berkenaan, olahraga dan memanah juga diharap dapat menyumbang pingat emas kepada negara pada temasya tersebut.

"Kita menyasarkan meraih 36 pingat emas pada edisi kali ini," katanya di sini.

Yahaya berkata bagi acara renang, Malaysia yakin dapat meraih sekurang-kurangnya 11 pingat emas dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

Pada AUG 2012, Malaysia menyenaraikan perenang kebangsaan iaitu Kevin Yeap dan Chui Lai Kwan dalam acara renang yang menawarkan 40 pingat emas iaitu masing-masing 20 acara bagi lelaki dan wanita. - Bernama

Selepas Farizal Marlias, Wan Zack Haikal pula.

Assalamualaikum, ha nia admin nk cerita, smlm GK 2nd negara kita jd top trending di twitter, lepas match MAS vs LAO tadi yg berkesudahan 4-1 td, nama Wan Zack menjadi trend. Mmg beliau berhak mendapat Man Of The Match kerana beliau membuat hantaran gol [assist] menjaringkan gol :D


Arie Van's dan Hazwani Syamimi , sila tunaikan janji

Assalamualaikum, tergelak admin nengok tweet mereka kt twitter dan fb. Konon, nak potong 'anu' n nk bogel depan Pavi kalo Malaysia mng lawan Laos la kan, tp x kemana pun.



Bola Sepak: Tugas Nombor 10

Assalamualaikum, admin minta maaf kerana xdpt bawakan live streaming Malaysia vs Laos dek kerana kessempitan masa. . Tapi kali ni admin nk kongsikan info mengenai tugas Pemain No 10.

Nombor 10 dalam skuad, adalah nombor yang diberikan kepada pemain yang merangkumi kreativiti, semangat yg tinggi, imaginasi dan inspirasi melalui gaya permainan mereka.

Nombor jersi telah menjadi sinonim dengan kedudukan antara bahagian tengah dan serangan, sama ada sebagai penyerang yg turun ke dalam, atau pemain tengah yang sentiasa naik ke atas.

Nombor ini telah diberikan kepada pemain yang hebat pada masa lalu seperti Diego Maradona, Pele, Zico, Michel Platini dan Roberto Baggio serta pemain hebat masa kini seperti Wayne Rooney, Lionel Messi, Mesut Ozil [pemain terbaik FIFA World Cup 2012], Wesley Sneijder, Clarence Seedorf dan Francesco Totti.

Semua pemain ini akan dianggap bertanggungjawab bagi peratusan besar bermain menyerang pasukan mereka, menyediakan percikan kreatif dan imaginasi dalam final third untuk melepasi pertahanan yang sukar. Permainan mereka tertumpu dlm menguasai permainan, serta menyediakan hantaran pembunuh dan bermain dgn lancar di sekitar kotak penalti pihak lawan dan gol. Utamanya, mereka berada di sana sama ada untuk menjaringkan gol atau membantu [assist] gol dan pemain seperti Maradona, Pele dan Platini memberi contoh yang cemerlang kepada pemain masa kini seperti Messi, Rooney dan Sneijder yang juga bermain di kedudukan 'Nombor 10'.

Admin percaya bahawa utk mewujudkan sebuah pasukan yang hebat, korang mesti terlebih dahulu menggunakan formasi yang menempatkan 'nombor 10' tetapi juga mempunyai pemain yang hebat untuk bermain dalam kedudukan ini. Di Malaysia tidak ada lagi pemain seperti ini.

'Nombor 10' tradisinya adalah pemain dengan tanggungjawab pertahanan yang sangat sedikit, memelihara kecergasan untuk merancang hantaran licik dan sentiasa berpotensi besar untuk menyebabkan kerosakan apabila dekat dengan kotak penalti.

Formasi adalah kunci untuk 'nombor 10' supaya sistem seperti 4-3-3, 4-4-2 dan 3-5-2 boleh dilihat sebagai yang terbaik untuk digunakan apabila menggunakan pemain kreatif dengan peranan menyumbang kepada majoriti pasukan dengan bercorak menyerang.

Juga gaya permainan pasukan mesti menjadi salah satu yang perlu diberi tumpuan kepada permainan pantas, corak menyerang dengan bola dgn tinggal di atas tanah dan kekal dalam pengusaan. Barcelona pada masa ini, adalah contoh utama pasukan bola sepak yang bermain dengan tempo yang tinggi dengan hantaran licik dan tepat serta pergerakan pantas, dan melalui Lionel Messi mereka mempunyai pemain yang hebat dalam 'nombor 10' yang bertindak sebagai titik tumpuan serangan mereka.

Setelah formasi dan gaya permainan sudah betul, pasukan mesti mempunyai pemain yg dapat bermain dalam kedudukan ini dan mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk melakukannya dengan standard yang tinggi.

Seperti yang dinyatakan, Lionel Messi adalah contoh utama dalam pasukan yang menakjubkan yang bermain dengan 'nombor 10', sama penting ialah Wayne Rooney yang menyumbang sejumlah besar gol serta assist di Manchester United. Wesley Sneijder, yang bermain untuk Inter Milan, adalah contoh terbaik pemain tengah yang beroperasi antara bahagian tengah dan serangan, ruang sering dirujuk sebagai 'dalam lubang', hantaran tepat dan keupayaan untuk merembat dengan ketepatan dari luar kotak adalah asas bermain beliau dan menyumbang kepada kejayaan Inter Milan terutama semasa di bawah bimbingan Jose Mounrinho sebagai pengurus Inter.

Ia adalah jelas bahawa 'nombor 10' masih wujud dalam era moden, kembali dari era bermulanya bola sepak selepas pengenalan formasi yang lebih bercorak pertahanan dan penggunaan counter attacking pada peringkat tertinggi dalam bola sepak dunia.

Walau bagaimanapun, ia telah telah hilang dalam tempo yang tinggi, pantas, kadang-kadang merembat tergesa-gesa adalah gaya yang digunakan di England dan khususnya Scotland dan ia boleh dikaitkan dengan penurunan dalam standard peringkat domestik dan antarabangsa.

England, telah pasti merasakan kesan bermain tanpa 'nombor 10' walaupun mempunyai Wayne Rooney dalam skuad mereka. Capello telah menggunakan Rooney sebagai penyerang kerana ketiadaan gol untuk pasukan kebangsaan. Walau bagaimanapun, dengan kemunculan Andy Carroll dan Darren Bent, serta pengenalan Capello formasi 4-3-3, England boleh mencari pemain yang layak memakai 'nombor 10' dan membawa pasukan bermain ke tahap setanding dengan Jerman (Ozil), Sepanyol (Xavi atau Iniesta) dan Holland (Sneijder).

Oleh itu, permainan Malaysia mestilah mencari jalan menyesuaikan diri untuk memperkenalkan pemain kreatif yg mampu memainkan peranan ini, hanya Safiq Rahim yg hampir mewakili penjelmaan 'Nombor 10' ini walaupun dia dilihat mewakili tugas pemain 'Nombor 8'.

Ia tidak boleh diragui, bahawa 'nombor 10' tertanam dalam sejarah bola sepak dunia, kerana kejayaan dan tahap prestasi yang dicapai oleh pemain bola terdahulu.

Hidup Harimau Malaya!

AFF Suzuki Cup: Jadual Perlawanan Pasukan Malaysia

Assalamualaikum, haaa, tu dia, tajuk kemain panjang, hahah. Jom kita lihat pasukan mana yg bakal berdepan dengan pasukan Malaysia.

Jadual Perlawanan

Haa, tuu dia, yg ni pulak barisan rasmi pemain yg mewakili Malaysia.

PENJAGA GOL
● Khairul Fahmi ● Farizal Marlias

PERTAHANAN
● Bunyamin ● Fadhli Shas ● Aidil Zafuan
● Faizal Muhamad ● Mahali Jasuli ● Azmi Muslim ● Zubir Azmi

TENGAH
● Safiq Rahim ● Shakir Shaari ● Gary Steven
● Amar Rohidan ● Baddrol Bakhtiar

SAYAP
● Wan Zack ● Kunalan
● Azamuddin Akil ● Fakri Saarani

PENYERANG
● Khyril Muhymeen (senjata rahsia) ● Safee Sali (top scorer national team)
● Norshahrul(Mr.Linesman) ● Hazwan Bakri (top scorer harimau muda)

Harga Tiket
Okay, ingat wahai rakyat Malaysia sekalian, sokongan padu tetap harus diberikan pada mereka walaupun beberapa keputusan tidak memberangsangkan ketika perlawanan persahabatan sebelum ini.Website Rasmi AFF SUZUKI CUP
Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks

Popular Posts

Powered by Blogger.