Kecekapan Anggota Bomba Sering Dapat Pujian Antarabangsa - KP JBPM

Assalamualaikum, KANGAR, 26 Nov - Tahap kecekapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sering mendapat pujian antarabangsa, namun jabatan itu tidak hanya berpuas hati dengan pencapaian semasa, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Sehubungan itu, beliau berkata JBPM sentiasa menganjurkan kursus dan latihan kepada anggotanya, termasuk menghantar mereka ke luar negara, bagi memastikan tugas mereka lebih cekap serta berkualiti.

"Selain tahap kecekapan, JBPM juga mempunyai kelengkapan dan peralatan lebih canggih dan jauh lebih berkemampuan berbanding kelengkapan yang digunakan pada masa lalu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Keselamatan Kebakaran dan Inovasi JBPM peringkat kebangsaan di Arau Isnin.

Wan Mohd Nor berkata pihaknya juga menyediakan pelbagai insentif sebagai galakan kepada anggotanya yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam kerjaya mereka.

 Beliau berkata JBPM juga bercadang berbincang dengan pemaju perumahan berkaitan pemasangan jeriji yang lebih selamat di bangunan baru agar tidak menjadi perangkap semasa kecemasan, termasuk kebakaran. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks