Najib Mahu Harimau Malaya Bangkit Dan Menang Piala AFF Suzuki

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 26 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu skuad Harimau Malaya bangkit dan mencatat kemenangan dalam saingan seterusnya Piala AFF Suzuki 2012.

Beliau berkata kekalahan kepada Singapura pada perlawanan pembukaan malam tadi perlu ditebus semula oleh anak buah Datuk K.Rajagobal kerana rakyat mahu melihat kejayaan skuad kebangsaan pada perlawanan akan datang.

"Walaupun keputusan bukan pihak kita, kita semua mahu Harimau Malaya bangkit semula. Malaysia, raihlah kemenangan pada perlawanan seterusnya," katanya di laman Twitter beliau pada Isnin.

Malaysia terpaksa menelan pahit setelah diaibkan Singapura 0-3 di gelanggang sendiri pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Skuad Harimau Malaya akan menentang Laos Rabu ini sebelum menamatkan aksi di peringkat kumpulan berdepan naib juara 2010, Indonesia pada 1 Dis. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks