Tiada Perubahan Pemain Untuk Tentang Indonesia Esok - Rajagobal

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 30 Nov - Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk K Rajagobal membayangkan barisan pemain skuad Harimau Malaya yang mengalahkan Laos 4-1 pada Rabu akan dikekalkan apabila mereka menentang Indonesia dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam esok.

Bagaimanapun, Rajagobal, 56, berkata keputusan itu belum muktamad kerana beberapa pemain masih dihinggapi kecederaan, manakala seorang tidak memenuhi harapannya ketika pasukan itu menentang Laos dan Singapura.

"Saya hanya boleh berkata mungkin ya (perubahan dalam barisan pemain) dan mungkin tidak kerana Indonesia juga mungkin menukar pemain mereka untuk perlawanan esok, walaupun mereka mengalahkan Singapura 1-0 (pada Rabu) untuk mengutip tiga mata pertama mereka.

"Kalau ada pun perubahan dalam skuad kebangsaan, ia di paras minimum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat para pengurus pasukan Kumpulan B di Seri Kembangan dekat sini, Jumaat.

Beliau berkata pemain penyerang bahagian tengah Mohd Khyrill Muhymeen Zambri mengalami kecederaan serius di bahagian bawah perut dan mungkin tidak dapat diturunkan pada perlawanan esok. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks