Penuntut IPT Digalak Ketengah Seni Fotografi Gambarkan Perpaduan

Assalamualaikum, SHAH ALAM, 29 Nov - Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) disaran supaya mengetengahkan seni fotografi yang melambangkan perpaduan dan keharmonian negara untuk dipertontonkan kepada masyarakat luar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata seni fotografi mampu memperlihatkan budaya masyarakat pelbagai kaum di Malaysia walaupun hanya melalui sekeping gambar.

"Sekeping gambar boleh membawa seribu makna. Melalui gambar ia boleh menceritakan segalanya termasuk rasa gembira dan sedih.

"Ia juga mampu mempamerkan seni dan budaya sesuatu bangsa di mana ia adalah antara perkara penting yang perlu sentiasa dipertontonkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pameran fotografi 'Malaysia dari Lensa Mahasiswa' di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, Khamis. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks