Sarawak Catat Pelaburan Asing Paling Tinggi Di Dalam Negara Dari Jan-Ogos 2012

Assalamualaikum, KUCHING, 26 Nov - Sarawak telah menarik pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi berjumlah sehingga RM3.75 bilion di Malaysia dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Menteri Pembangunan Industri Negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata angka itu telah menempatkan negeri itu mendahului Johor (RM2.34 bilion) dan Terengganu (RM2.24 bilion).

"Ini adalah bukti kejayaan Barisan Nasional dalam mempromosikan Sarawak sebagai destinasi pelaburan pilihan," kata beliau semasa menggulung ucapan untuk kementeriannya di persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Beliau berkata nilai FDI mewakili 80 peratus daripada jumlah pelaburan modal yang diluluskan di Sarawak antara Januari dan Ogos tahun ini iaitu RM4.68 bilion.

 "Sumber utama FDI ialah dari Emiriah Arab Bersatu RM2.65 bilion, Norway (RM912 juta) dan China (RM167 juta)," kata beliau. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks