Featured Article
Showing posts with label sukan universiti asean. Show all posts
Showing posts with label sukan universiti asean. Show all posts

Olahraga Tumpuan Koleksi Emas Kontinjen Malaysia Pada Hari Ketiga

Assalamualaikum, VIENTIANE, 15 Dis - Malaysia terus mengekalkan kedudukan teratas carta pungutan pingat dengan mengutip enam pingat emas pada hari ketiga temasya Sukan Universiti Asean (AUG 2012) di sini Sabtu.

Olahraga, yang membuka tirai di Stadium Kompleks Sukan Nasional, menjadi penyumbang terbesar pingat kepada negara dengan empat emas disusuli penerjun wanita negara Cheong Jun Hoong dan pasukan Kumite wanita.

Malaysia mendahului 10 negara lain dalam carta pungutan pingat dengan koleksi 15 emas, 12 perak dan 16 gangsa diikuti rapat oleh Vietnam dengan pungutan 14-13-9.

Thailand menghuni tangga ketiga dengan 10-12-15 dan diikuti tuan rumah Laos dengan 10 emas, tujuh perak dan 15 gangsa.

Dalam acara olahraga, atlet Sukan SEA negara, Nurul Sarah Abdul Kadir mencipta kejutan apabila meraih gelaran ratu pecut AUG 2012 dengan mengatasi juara bertahan Sukan SEA 2011 Unani Serafi dari Indonesia dalam acara 100 meter.

Nurul Sarah merakamkan catatan 12.14s, iaitu kelebihan tipis 0.01s ke atas pencabar terdekat, Pimpika Kannikom dari Thailand manakala Unani merangkul gangsa dengan catatan 12.34s.

Selain Nurul Sarah, atlet muda, Jackie Wong Siew Cheer menyumbang pingat emas pertama dalam acara baling tukul besi manakala dua emas lagi menerusi Mohamad Arif Zulhilmi Alet (400m lelaki) dan Mohd Hakimi Ismail dalam acara lompat kijang.

Selain kilauan emas, pasukan olahraga turut menyumbang tiga pingat perak menerusi Mohd Noor Imran Hadi bagi acara 100m lelaki, S.Kannathasan (400m lelaki) dan Mohd Amar Fitri Zainol (lompat kijang lelaki).

Pada hari terakhir di kolam renang Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional, Jun Hoong merangkul emas dalam acara 3m papan anjal individu dengan mengatasi rakan sepasukan Ng Yan Yee yang memperoleh pingat perak.

Di Gimnasium Chao Anouvong, skuad karate menutup tirai kejohanan dengan menambah satu emas menerusi acara kumite berpasukan wanita.

Secara keseluruhan skuad karate menyumbang tujuh emas, dua pingat perak dan lima pingat gangsa manakala skuad terjun pula mencapai sasaran empat emas dan dua perak.

Selain emas, sukan tenis hari ini menyumbang satu pingat perak menerusi acara berpasukan wanita, dua pingat perak dalam badminton (berpasukan wanita dan lelaki) dan tiga pingat gangsa dalam taekwondo. - Bernama

Malaysia Ungguli Carta Pungutan Pingat Hari Kedua Sukan AUG 2012

Assalamualaikum, VIENTIANE, 14 Dis - Kontinjen Malaysia mengungguli kedudukan punggutan pingat pada hari kedua temasya Sukan Universiti Asean (AUG 2012) dengan sembilan pingat emas, empat perak dan 12 gangsa.

Sembilan pingat emas disumbangkan oleh skuad karate dan terjun pada temasya dwitahuan yang membuka tirainya semalam.

Semalam, karate menyumbang tiga pingat emas manakala terjun meraih satu pingat emas.

Pada Jumaat, skuad karate dan terjun sekali lagi konsisten dengan menambah lima pingat emas, sekali gus memintas Vietnam di kedudukan kedua dengan lapan pingat emas, 10 pingat perak dan enam pingat gangsa.

Manakala tuan rumah, Laos menghuni tangga ketiga carta pungutan pingat dengan lapan pingat emas, enam pingat perak dan sembilan gangsa.

Skuad karate menambah tiga pingat emas menerusi Mohd Hatta Mahamut, K.Teagarajan dan M.Mathivani, masing-masing dalam kategori kumite lelaki bawah 84kg, kumite lelaki 75kg dan kumite wanita 61kg yang di Gimnasium Chao Anouvong, di sini.

Selain tiga pingat emas, skuad karate turut meraih satu pingat perak dalam kategori kumite lelaki 67kg serta dua gangsa bagi kategori kumite lelaki lebih84kg dan kumite wanita 55kg.

Skuad terjun menambah dua pingat emas menerusi atlet Olimpik, Bryan Nickson Lomas dan Leong Mun Yee masing-masing dalam acara 1m papan anjal lelaki dan 10m platform wanita.

Sementara itu, regu sepak takraw lelaki gagal mempertahankan kejuaraan edisi 2010 dengan selepas tewas kepada regu Thailand 0-3 pada final.

Manakala regu wanita berkongsi pingat gangsa dengan regu Vietnam.

Skuad petanque meraih satu pingat perak bagi acara perseorangan lelaki serta dua gangsa dalam acara perseorangan wanita dan acara berpasukan campuran manakala taekwondo menyumbang satu pingat gangsa bagi kategori lelaki welter weight 80kg. - Bernama

Acara Renang Dan Terjun Sandaran Utama Sumbang Emas Di Laos

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 3 Dis - Acara renang dan terjun menjadi sandaran utama Malaysia meraih pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) ke-16 di Laos yang akan berlangsung selama sembilan hari, bermula 12 Dis ini.

Ketua kontinjen Malaysia ke AUG, Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata selain dua acara berkenaan, olahraga dan memanah juga diharap dapat menyumbang pingat emas kepada negara pada temasya tersebut.

"Kita menyasarkan meraih 36 pingat emas pada edisi kali ini," katanya di sini.

Yahaya berkata bagi acara renang, Malaysia yakin dapat meraih sekurang-kurangnya 11 pingat emas dalam kedua-dua kategori lelaki dan wanita.

Pada AUG 2012, Malaysia menyenaraikan perenang kebangsaan iaitu Kevin Yeap dan Chui Lai Kwan dalam acara renang yang menawarkan 40 pingat emas iaitu masing-masing 20 acara bagi lelaki dan wanita. - Bernama
Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks

Popular Posts

Powered by Blogger.