Featured Article
Showing posts with label reff. Show all posts
Showing posts with label reff. Show all posts

Farizal Marlias mungkin mencapai tahap Iker Casillas?

Assalamualaikum, haa , tajuk mcm best je kan . Korang sume sedia maklum bahawa Iker Casillas adalah GK terbaik dunia , mana kan tidak , sejak beliau remaja beliau telah memenangi pelbagai anugerah untuk GK dan kalau korang nak tahu , statistik Casillas semasa di Piala Dunia FIFA 2010 menunjukkan beliau hanya dibolosi 2 kali sepanjang 6 perlawanan terakhir sebelum menjadi watak penting yg menyelamatkan tendangan One-on-One dari Arjen Robben untuk menjadikan Sepanyol sebagai Juara Dunia dan Eropah .

Anugerah ADIDAS Golden Glove , FIFA World Cup 2010
Bolos yg pertama melibatkan perlawanan pertama dlm peringkat kumpulan menentang Switzerland dan Sepanyol tewas 0-1 . Bolos yg kedua membabitkan Chile juga dalam peringkat kumpulan tapi Sepanyol menang 2-1 .

4 perlawanan seterusnya membabitkan Portugal , Paraguay , German dan Belanda . Sepanyol menang keempat empat perlawanan dgn 1-0 .

Cassilas seorang GK yg menggunakan tangan dan kakinya . 99% GK di seluruh dunia menggunakan 100% tangan . Tetapi Cassilas menggunakan tangan dan kaki nya dgn sempurna . Video dibawah menunjukkan Top 10 Saves from Cassilas .

Paling admin suka time One-on-One sewaktu Final Piala Dunia FIFA 2010 di mana dia melakukan diving ke arah kiri tp Arjen Robben menyepak ke arah kanan Casillas , hampir saja menuju gawang gol , Casillas pantas menepis sedikit bola tersebut menyebabkan Arjen Robben berasa kecewa . Sepanyol menang menerusi jaringan Iniesta pada Extra Time dgn 1-0 .

Casillas menepis bola Robben menggunakan kaki
so , adakah Farizal Marlias akan mencapai tahap Iker Casillas? mungkin ya , Casillas masih muda dan berumur 30-an , tidak mungkinf Farizal tidak akan mencapai tahap seperti beliau suatu hari nanti . :D

Video Footage Top 10 Saves by Casillas, Official Video by RealMadridCF

Siapa Pengadil THA vs MAS ? [AFF Suzuki Cup 2012]

Assalamualaikum, haa semua dh sedia maklum , dia ni la pengadil yg memberikan kad merah kpd Fadhli Shas dan rakyat Malaysia tuding jari kepada dia kerana menyebabkan kekalahan Harimau Malaya .

Namanya adalah Lee Min Hu, pengadil dari Korea yang berusia 33 tahun. Bekerja sebagai seorang guru bahasa Inggeris. Berpengalaman di peringkat antarabangsa sejak 2005.


Statistik perlawanan antarabangsa yang diadili oleh Lee Min Hu adalah 34. Dari 34 game dia layangkan 137 kad kuning dan 6 kad merah, keseluruhan 143 kad. Ini bermakna 4 kad setiap game. Rekod memang menunjukkan pengadil ini suka beri kad.


Kontroversi bukan perkara baru kerana Lee Min Hu pernah menimbulkan kontroversi bila terus memberikan kad merah pada Neill (pemain Australia) dalam perlawanan antara Australia dan Iraq pada 17 Oktober 2012. Mutu pengadilan Lee Min Hu sudah pun dipertikaikan oleh media antarabangsa, mengapa masih biarkan pengadil tersebut adili kejohanan AFF Suzuki pula?


Ini database perlawanan yang pernah diadili oleh Lee Min Hu sejak 2008 hingga 16 Mac 2011. Semua perlawanan mesti ada kad. Paling teruk 8 kad kuning dilayangkan dalam perlawanan antara Busan dan Daegu FC pada 19 Julai 2008.

Tidak menghairankan bila pengadil yang sama diberikan peranan, dia memberikan kad kepada Fadhli Shas. Memang dia suka beri kad.

Bagaimana Persatuan Bolasepak Asia boleh membenarkan pengadil sebegini dihantar untuk mengadili pertandingan bolasepak di Asia Tenggara? Terlepas pandang? Sama juga kesnya bila terlepas pandang memberikan padang latihan yang tidak baik kepada Malaysia.

Lee Min Hu pernah mengadili Malaysia sewaktu berlawan dgn Australia , dia di sliding tackle oleh K. Rueben . Link video YouTube dibawah menunjukkan bagaimana dia ditackle . Dan itu menjdai bukti dia berdendam dgn Malaysia .

Video: http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=pVauUf4_Q2Q
Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks

Popular Posts

Powered by Blogger.