Sukan Universiti Asean 2012 Dibuka Dalam Suasana Meriah

Assalamualaikum, VIENTIANE, 12 Dis - Upacara pembukaan rasmi temasya Sukan Universiti Asean (AUG) kali ke-16 berlangsung daalm suasana meriah dengan pertunjukkan bunga api dan persembahan kebudayaan tempatan di Stadium Kompleks Sukan Nasional, di sini, Rabu.


Lebih 1,600 penonton menyaksikan acara pembukaan kejohanan yang disertai 11 kontinjen dari Laos selaku tuan rumah, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Brunei, Thailand dan Timor Leste.

Ia dirasmikan Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong.

Malaysia buat julung kali menghantar kontinjen terbesar ke temasya sukan dwitahunan itu dengan 360 atlet dan pegawai dengan meletakkan sasaran 36 pingat emas.

Seramai 220 atlet negara menyertai acara perarakan kontinjen dengan penerjun negara Leong Mun Yee diberi penghormatan sebagai pembawa bendera negara Jalur Gemilang.

Sebanyak 245 pingat emas, 245 perak dan 387 gangsa membabitkan 17 acara sukan ditawarkan pada edisi kali ini -- terjun, renang, olahraga, memanah, badminton, bola keranjang, bola sepak, judo, karate, sepak takraw, ping pong, taekwondo, tenis, bola tampar, pencak silat, petanque dan muay thai.

Pada edisi 2010 di Chiang Mai, Thailand, kontinjen Malaysia meraih 37 emas, 36 perak dan 44 gangsa iaitu di tangga ketiga kedudukan pingat.

Tuan rumah Thailand mengungguli temasya dengan 58 emas, 61 perak dan 50 gangsa manakala Indonesia di tempat kedua dengan 46 emas, 51 perak dan 50 gangsa. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks