Safee Sali Terkilan Peminat Terus Kritik Harimau Malaya

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 4 Dis - Penyerang Harimau Malaya, Safee Sali berkata beliau dan rakan sepasukan tidak begitu memikirkan kritikan peminat terhadap prestasi mereka, sebaliknya menumpukan kepada pertemuan dengan Thailand di gelanggang sendiri Ahad ini.

Sambil melahirkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir peminat yang terus mengkritik skuad kebangsaan sekalipun telah layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki, Safee berkata setiap pemain Harimau Malaya tahu tanggungjawab masing-masing.

"Itu (kritikan) adalah lumrah dan adat terutama di Malaysia bagi pemain bola sepak profesional seperti kami. Saya berkecil hati dengan kritikan dan tohmahan tidak membina daripada peminat tempatan. Peminat sesuka hati mengkritik dan melontarkan suara (berhubung prestasi Harimau Malaya).

"Tetapi bagi kami...kami ada tanggungjawab yang perlu dilakukan. Tidak perlu mendengar apa kritikan dan tohmahan yang dibuat. Selepas kami jalankan tanggungjawab sebaik mungkin, segala tohmahan dan kritikan itu akan kembali ke muka mereka," katanya dalam Program Dalam Radar, terbitan Radio24 Selasa.

Safee berkata perkara itu berbeza di negara lain kerana peminat mereka akan terus memberi sokongan dan motivasi kepada pasukan kebangsaan masing-masing dalam apa jua keadaan, sama ada menang atau kalah. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks