Rajagobal Atur Strategi Berbeza Hadapi Thailand Ahad Ini

Assalamualaikum, PETALING JAYA, 4 Dis - Kecederaan beberapa pemain tonggak mungkin memaksa ketua jurulatih Harimau Malaya Datuk K Rajagobal merencana strategi berbeza apabila bertemu Thailand pada saingan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Antara yang mengalami kecederaan ialah dua pemain sayap iaitu S Kunalan (pangkal paha) dan Wan Zack Haikal Wan Nor (ketegangan otot), pemain tengah Mohd Shakir Shaari (buku lali) dan penyerang Mohd Safee Mohd Sali (hamstring).

"Saya akan mendapatkan nasihat daripada doktor pasukan untuk mengetahui sama ada mereka boleh diturunkan pada perlawanan menentang Thailand nanti kerana mereka adalah tunjang utama kekuatan pasukan kebangsaan," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Katanya beliau akan menjadikan pertemuan persahabatan Harimau Malaya dan Polis Diraja Malaysia malam esok sebagai medan untuk memilih pemain berpotensi menggantikan mereka yang mengalami kecederaan.

Mengulas kekuatan Thailand, Rajagobal berkata beliau tidak terlalu bimbang kerana sudah mengetahui corak permainan skuad bimbingan Winfried Schafer itu. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks