Rajagobal Yakin Malaysia Mampu Atasi Thailand

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 8 Dis - Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk K. Rajagobal yakin anak buahnya berupaya menundukkan Thailand pada kejohanan Piala AFF Suzuki walaupun Malaysia tidak pernah mencapai kemenangan dalam perlawanan dengan negara itu sejak 2004.

Malaysia dan Thailand akan bertemu pada perlawanan separuh akhir pertama kejohanan itu di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam esok.

Rajagobal bagaimanapun berkata jika diambil kira rekod tanpa kalah Thailand dalam perlawanan Kumpulan A di Bangkok baru-baru ini, maka pasukan yang dibimbing jurulatih dari Jerman, Winfried Schafer itu mempunyai kelebihan untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir.

"Mereka (Thailand) juga mempunyai pemain yang hebat di semua bahagian dan oleh itu saya harap para pemain akan memberi tumpuan penuh kepada perlawanan penting ini.

"Saya percaya anak buah saya mampu mencapai keputusan baik pada perlawanan esok dan saya amat berharap mereka akan mempamerkan permainan baik apabila berdepan dengan Thailand," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat para pengurus pasukan di Seri Kembangan, dekat sini, Sabtu. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks