Pasukan Malaysia Dapat Sokongan Peminat Untuk Hadapi Thailand Di Bangkok

Assalamualaikum, KUALA NERANG, 8 Dis - Pasukan Malaysia yang akan menentang Thailand pada perlawanan timbal balik separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF 2012 di Bangkok Khamis ini dijanjikan mendapat sokongan moral para penyokongnya.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata seramai 28 orang penyokong tegar dari kawasannya akan ke Bangkok Selasa ini.

"Walaupun kami tidak ramai namun kami menjanjikan memberikan sokongan moral sepenuh hati untuk menyemarakkan semangat pemain negara.

"Kami tetap pergi tanpa mengira keputusan perlawanan pertama di Stadim Nasional Bukit Jalil, Ahad ini," katanya semasa ditemui selepas melepaskan peserta program Tourism Malaysia cawangan Kedah, 'Kampung Fun Ride Padang Terap 2012' di sini, Sabtu.

Syed Sobri mempelawa penyokong pasukan kebangsaan yang ingin ke Bangkok menyaksi perlawanan tersebut berkonvoi bersamanya. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks