Menjana Pendapatan Dengan Buah Mulberi

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 2 Dis - Mymorus Resources bakal mengkomersialkan penanaman mulberi dan mengajak orang ramai untuk menjadikan tumbuhan berkenaan sebagai punca menjana pendapatan.

Syarikat itu yang mempunyai ladang mulberi seluas 2.4 hektar (enam ekar) di Janda Baik, Pahang, menjalankan perniagaan menjual anak-anak pokok mulberi serta membekalkan peralatan tanaman khas untuk mulberi kepada mereka yang berminat.

Pengarahnya, Mohd Zulkifli Mohd Zainudin berkata yang pada masa ini harga pasaran buah mulberi untuk sekilogram ialah RM10.

"Pokok mulberi yang asalnya dari negara China ini tidak mengambil masa yang lama untuk berbuah. Selepas tiga bulan ia akan mengeluarkan hasil.

"Jika kita menanam pokok mulberi di kawasan tanah rendah lebih kurang 3 x 5 kaki, ia dapat memuatkan lebih kurang 2,200 pokok bagi satu ekar tanah. Dan, kita akan memperoleh sebanyak 1,100 kilogram buah mulberi pada tahun pertama (setengah kilo bagi setiap pokok)," jelas beliau kepada Bernama ketika ditemui di Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di sini.

Mulberi atau nama saintifiknya, Morus Alba mempunyai pelbagai khasiat dan boleh mengubati banyak penyakit.

Selain menjadi ejen yang efektif untuk melawan sel kanser, buah mulberi boleh membantu menyembuhkan penyakit kronik pada saluran pencernaan, merangsang rembesan cecair gastrik, menguatkan kebolehan bagi mencerna dan menyerap, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut dan sembelit.

Beliau berkata, bagi wanita yang menghadapi masalah seperti anemia, kepucatan, rasa pening, sukar untuk tidur dan jantung berdebar-debar dengan kerap terutamanya selepas melahirkan bayi, jus mulberi dapat mengurangkan simptom-simptom tersebut.

"Buah mulberi ini pada mulanya akan berwarna hijau, kemudian ia akan bertukar ke warna merah dan apabila mulberi menjadi merah kehitaman ia menunjukkan buah itu sudah masak sepenuhnya," kata Zulkifli. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks