Malaysia Airlines Tawar Tambang Hebat Akhir Tahun

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 2 Dis - Malaysia Airlines menawarkan tambang udara yang menarik sepanjang Jualan Akhir Tahunnya - Year End Sale (YES) mulai 3 Dis, 2012 hingga 17 Dis, 2012 untuk perjalanan dari 5 Dis tahun ini sehingga 30 Sept tahun depan.

Ini merupakan peluang hebat untuk para pengembara memulakan perancangan awal untuk percutian dan perjalanan perniagaan 2013 mereka kerana YES Malaysia Airlines akan menawarkan diskaun tambang udara kelas ekonomi sehingga 30 peratus daripada tambang pasaran semasa untuk pelbagai perjalanan domestik dan antarabangsa.

Tambang kelas perniagaan juga akan diberikan diskaun sehingga 45 peratus untuk perjalanan domestik dan antarabangsa, kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.

Tawaran ini meliputi tambang dari Malaysia ke pelbagai destinasi Malaysia Airlines di Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Selatann, Australia, Amerika Utara dan Eropah.

Naib Presiden Kanan Serantau (Malaysia dan Asean) Malaysia Airlines, Muzammil Mohamad berkata, "Tahun ini merupakan tahun yang hebat dan cemerlang untuk Malaysia Airlines. Tahun 2012 menandakan 40 tahun Hospitaliti Malaysia yang telah kami sanjung sejak 1974."

"Ia juga merupakan tahun yang mencatatkan dengan banyak kejayaan terutamanya dengan kemasukan perkhidmatan A380. Di Malaysia Airlines, kami meraikan kejayaan bersama-sama pengguna dan pengembara kami dan YES kami menawarkan sesuatu yang menggembirakan semua orang,' kata beliau.

Jualan ini akan membolehkan para pengguna kami merancang percutian mereka lebih awal sehingga ke separuh kedua 2013 kerana tempoh perjalanan telah dilanjutkan sehingga akhir September.

Muzammil berkata, "Tambang kelas ekonomi (semua termasuk) YES ke London bermula hanya dari RM3409."

Kesemua penerbangan Malaysia Airlines ke London kini menggunakan pesawat A380 dengan pengenalan perkhidmatan dua kali sehari A380 Kuala Lumpur-London-Kuala Lumpur.

Malaysia Airlines turut menawarkan tambang menarik untuk banyak destinasi di rantau Asia Tenggara. Tambang pergi/balik "all-in" dari Kuala Lumpur ke Bali hanya bermula dari RM679 di kelas ekonomi sementara kelas perniagaan bermula dari hanya RM2279.

Tambang kelas ekonomi pergi/balik dari Kuala Lumpur ke Hanoi, Saigon, Yangoon dan Manila, masing-masing bermula dari RM779, RM569, RM679 dan RM869.

Tambang di kelas perniagaan pula, masing-masing bermula dari RM1779, RM1879, RM2279 dan RM2479.

Pelancongan di tanah besar China, wilayah-wilayah pentadbiran khasnya dan Taiwan telah berkembang pesat sejak beberapa dekad lalu dan wilayah-wilayah ini sentiasa menjadi destinasi kegemaran di kalangan rakyat Malaysia.

Bermula dari hanya RM879, para pengguna boleh menempah kelas ekonomi pergi/balik "all-in' ke Hong Kong dari Kuala Lumpur.

Tambang udara kelas ekonomi pergi/balik "all-in" ke pelbagai destinasi di China dari Kuala Lumpur seperti Guangzhou, Xiamen dan Kunming, masing-masing berharga dari RM1179, RM1279 dan RM1379.

Tambang kelas perniagaan ke Shanghai dan Beijing bermula hanya dari RM3179. Perjalanan ke Taipei dengan kelas ekonomi ialah dari serendah RM1159 dan RM3179 di kelas perniagaan.

Tambang menarik turut ditawarkan ke sub-benua India.

Para pengguna boleh memilih untuk terbang dengan kelas ekonomi ke Mumbai dengan tambang dari RM1609 dan ke Chennai bermula hanya dari RM1169.

Tambang kelas perniagaan ke Mumbai bermula dari RM5529 dan ke Chennai, hanya dari RM2439.

Sementara itu, tambang kelas ekonomi ke Sydney dan Brisbane bermula hanya dari RM2189 dan ke Melbourne RM2169. Tambang kelas perniagaan ke Sydney bermula dari RM6979.

Di pasaran domestik, tambang kelas ekonomi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru atau Kota Bahru, masing-masing hanya dari RM244, RM274, RM254 dan RM274.

Tambang pergi/balik kelas perniagaan ke Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru atau Kota Bahru dari Kuala Lumpur bermula hanya dari RM768.

Seperti juga penerbangan ke Kuching, Kota Kinabalu, Sibu atau Miri dari Kuala Lumpur, tambang ialah dari RM458. Di kelas perniagaan pula, tambang pergi/balik ke destinasi yang sama, masing-masing hanya bermula dari RM1568, RM1968, RM1868 dan RM1768.

Tambang ke Tawau dari Kuala Lumpur di kelas ekonomi bermula hanya dari RM558 dan kelas perniagaan RM2268.

Perjalanan dalam lingkungan Sabah dan Sarawak juga menarik dengan tambang-tambang dari Kuching ke Sibu dan Miri bermula hanya dari RM274 sementara di kelas perniagaan, semua tambang pergi/balik bermula hanya dari RM768 untuk penerbangan dari Kuching ke Sibu dan Miri.

Tawaran ini boleh didapati di semua saluran pengedaran Malaysia Airlines terutamanya www.malaysiaairlines.com, nombor bebas-tol 24 jam 1 300 88 3000, MH Buddy di Malaysia Airlines Facebook, MHmobile, pejabat jualan tiket dan ejen yang dilantik Malaysia Airlines seluruh Malaysia. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks