11 Pasang Jaket Kalis Peluru Dibekal Kepada Sukarelawan Ke Gaza

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 2 Dis - Sebanyak 11 pasang jaket kalis peluru akan dibekalkan kepada sukarelawan yang mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dijadualkan bertolak pada 5 hingga 14 Dis ini.

Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata jaket tersebut, yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya akan dibekalkan kepada sukarelawan yang memasuki kawasan 'hitam' serta dianggap berisiko.

Misi yang disertai 56 sukarelawan termasuk 30 doktor pakar itu akan menyalurkan bantuan dan peralatan perubatan serta selimut dan makanan kepada penduduk di Gaza.

"Kita akan tingkatkan aspek keselamatan sukarelawan yang mengikuti misi ini supaya tidak berlaku lagi kes seperti sebelum ini," katanya merujuk kepada insiden melibatkan jurukamera BERNAMA TV, Noramfaizul Mohd Nor, yang terbunuh akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, September tahun lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada majlis taklimat kursus misi bantuan kemanusiaan ke Gaza di sini Ahad, Abdul Azeez berkata misi itu akan dipantau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melihat kejayaan yang bakal diperoleh daripada misi itu. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks