Sekali Lagi 'Comeback' Man Utd

Assalamualaikum, LONDON: Harry Redknapp beredar meninggalkan Old Trafford dengan begitu banyak perkara yang terpaksa difikirkan ketika Manchester United bangkit mencatat kemenangan 3-1 dan mengkritik prestasi buruk Queens Park Rangers (QPR) selepas mengharungi 13 perlawanan.

QPR kekal di tangga tercorot kedudukan biarpun selepas mendahului 1-0 menerusi gol Jamie Mackie pada babak separuh masa kedua. Bagaimanapun hasrat pengurus baru QPR itu meraih kemenangan sulungnya bersama kelab berkenaan berkecai selepas United bangkit dengan tiga gol dalam tempoh sembilan minit.
Jonny Evans menyamakan kedudukan untuk tuan rumah sebelum Darren Flecther mempamerkan sentuhan cantik untuk gol kedua manakala Javier Hernandez meledakkan gol ketiga United sekali gus meletakkan kelab berkenaan di takhta liga menjelang pertemuan Manchester City yang bertandang ke Chelsea hari ini. - Agensi

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks