Harimau Malaya: Kami tak gentar!

Assalamualaikum, Kuala Lumpur: Hanya satu matlamat di minda Safiq Rahim (kanan) dan rakan sepasukannya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini - membuktikan Harimau Malaya adalah pasukan disegani di rantau ini.

Kapten pasukan kebangsaan itu turut menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan skuad Piala Suzuki AFF kali ini dalam mempamerkan aksi lebih baik berbanding dua tahun lalu.
Soal mampu mengekalkan kejuaraan atau tidak bukan isu utama, tetapi apa yang perlu diberikan oleh dirinya dan rakan sepasukan ialah menampilkan corak permainan lebih baik serta semangat juang lebih tinggi di laman sendiri.

“Pasukan kali ini lebih baik dan persediaan kami juga lebih rapi,” kata Safiq, pemain tengah yang sering menjaringkan gol daripada situasi bola mati.

“Dalam edisi sebelum ini, kami tidak diletakkan harapan tetapi bangkit selepas tewas perlawanan pertama untuk menjulang kejuaraan. Itu hakikat yang tidak dapat dinafikan dan semangat itu perlu sentiasa ada dalam diri pemain.

“Kali ini kita bermula dengan persiapan lebih rapi dan barisan pemain terbaik yang negara ada, jadi tidak ada alasan mengapa perkara sama tidak dapat ditunjukkan pada kejohanan kali ini di mana kita beraksi sebagai tuan rumah.”

Menurut Safiq, dua kemenangan penting dua tahun lalu dicatat di Stadium Nasional Bukit Jalil - kemenangan separuh akhir pertama ke atas Vietnam dan final pertama ke atas Indonesia - dan kali ini kelebihan sebagai tuan rumah perlu digunakan sepenuhnya.
“Ini masanya untuk kita membuktikan bola sepak Malaysia kini sudah berada pada tahap membanggakan, dan kami pemain amat memerlukan sokongan padu peminat tempatan,” kata Safiq. - BH

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks