Gaza Diserang, Ramai Syahid

Assalamualaikum, sedih admin membaca berita mengenai apa yg terjadi pada bumi Palestin. Sudahlah pada tahun baru Hijrah, diserang pula dgn bom. Subhanallah.

Tertulis di dalam al-Quran: "sesungguhnya jika umat Islam menang di atas peperangan ini, nescaya Kiamat bakal tiba" SUBHANALLAH. Dan, "sabarlah kamu kerana sesungguhnya Islam akan menang dgn hanya membaling batu kepada mereka".

Sumber: http://www.aqsasyarif.org.my/2012/11/gaza-diserang-lagi-ramai-syahid/

Admin membaca post oleh sebuah laman web dan memetik kata2 beliau:
Berita baru diterima dari sahabat di Gaza, “So bad akhie. Attack in every where.” Sama-sama kita do’akan Allah melindungi saudara-saudara kita di Gaza. Pemimpin utama tentera Hamas di Gaza ditakdirkan Allah telah syahid di dalam mempertahankan bumi ummat Islam. Beliau dibom dari udara oleh roket Israel ketika berada di dalam kenderaan di Gaza City. Syurga milik as Syahid Ahmed al-Jabari, insya Allah.
Sumber: http://www.aqsasyarif.org.my/2012/11/gaza-diserang-lagi-ramai-syahid/

Sumber: http://www.aqsasyarif.org.my/2012/11/gaza-diserang-lagi-ramai-syahid/

Lihatlah bayi yg tidak berdosa ini. Kejam sungguh zionis.

Inilah bumi Palestin yg dahulunya luas, kini hanya tinggal sebesar indonesia


USA, berhenti drpada membiayai dan menyokong peperangan Israel

Kasih seorang bapa terhadap anaknya. Admin menangis ketika ini.

Dalam pada itu, Malaysia juga turut menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Israel. Malaysia hari ini [15 Nov 12] mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) khususnya Majlis Keselamatan PBB untuk mengambil tindakan tegas berhubung apa yang disifatkan sebagai tindakan ketenteraan tidak bertanggungjawab oleh Israel yang menyasarkan orang awam di Gaza.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan berterusan oleh aktiviti ketenteraan dan serangan udara Israel di Gaza, yang telah membunuh seorang pemimpin Palestin dan meragut tujuh nyawa termasuk dua kanak-kanak.

“Malaysia menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan sebarang tindakan provokatif, bertenang dan mengekang sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar dan kehilangan nyawa, terutama di kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA

Bersama-sama kita mendoakan agar keselamatan umat Islam disana terjamin walaupun Israel sudah berjanji akan menentang habis-habisan. Subhanallah.

2 comments:

Unknown said...

Dari dulu sampai lah sekarang, masih tak faham jenis manusia apakah orang-orang israel tu?? Tidak berperikemanusiaan...langsung xde hati dan perasaan langsung...agama apa yang mereka amalkan sekarang ni?? Semua agama tak pernah pun nak mengajar manusia untuk berperang & membunuh antara sesama manusia... huhuhu...apa-apa pun...sama-samalah kita berdoa untuk rakyat palestin... :)

Unknown said...

betul tu Wirginia Liew sama2 lah kita doakan rakyat Palestin di sana :'(

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks