Standard Bola Sepak Malaysia Boleh Meningkat Dalam Beberapa Tahun Lagi - Ian Rush

Assalamualaikum, PETALING JAYA, 3 Dis - Legenda kelab Liverpool FC, Ian Rush, yakin bahawa standard bola sepak Malaysia boleh diperbaiki dalam tempoh antara tiga dan empat tahun.

Pemain berusia 51 tahun dari Wales itu berkata berdasarkan kemenangan Malaysia 2-0 ke atas Indonesia dalam perlawanan Piala AFF Suzuki, Sabtu lepas, standard pasukan kebangsaan sedang berada di landasan yang betul.

"Standard pemain Malaysia agak baik tetapi mereka perlu meningkatkan tempo dalam setiap perlawanan supaya menjadi sebuah pasukan yang berjaya dalam beberapa tahun akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan klinik bimbingan Akademi Bolasepak Antarabangsa Liverpool FC di stadium mini Persada PLUS di sini Isnin.

Klinik bimbingan 10 hari itu anjuran Courts Malaysia dan diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu bertujuan mencungkil bakat muda khususnya dari sekolah rendah.

Sejumlah 200 pemain muda berusia antara 10 dan 12 tahun menyertai klinik tersebut yang dikendalikan oleh tiga jurulatih iaitu Anthony Ryan, John Connors dan Dominic Price. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks