Lupakan Piala AFF Suzuki, Fokus Kepada Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 - Rajagobal

Assalamualaikum, SEPANG, 14 Dis - Ketua jurulatih Datuk K. Rajagobal meminta anak buahnya supaya melupakan episod duka kekalahan kepada Thailand pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Supachalasai, Bangkok, Thailand, semalam.

Beliau sebaliknya menuntut komitmen kesemua pemain skuad Harimau Malaya itu untuk memberikan fokus sepenuhnya pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 yang bermula Februari depan.

"Saya mahu (semua pemain) lupakan (kekalahan) pada Piala AFF Suzuki dan fokus kepada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di mana kita akan bertandang ke Qatar untuk perlawanan pertama," katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba bersama skuad kebangsaan dari Bangkok di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), di sini, Jumaat.

Kekalahan tersebut dengan agregat 1-3 itu sekali gus meleburkan hasrat skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala AFF yang dimenangi mereka pada 2010 di Indonesia.

Rajagobal, 56, berkata beliau tidak menyangka bahawa skuad bimbingannya bakal mengalami kekalahan pada perlawanan itu memandangkan mereka telah membuat persiapan rapi. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks