Kejayaan Di Taiwan Pembakar Semangat Kepada Syafiq Julang Piala Dunia

Assalamualaikum, SEPANG, 3 Dis - Jaguh boling negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malek menyifatkan pencapaian muncul juara Terbuka Taiwan baru-baru ini, menjadi kunci kepada kejayaannya menjulang kejuaraan Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, Poland dua hari lepas.

Syafiq berkata selepas memenangi gelaran di Taiwan, beliau begitu bersemangat untuk menampilkan prestasi terbaik pada saingan Piala Dunia tersebut.

"Sebelum Terbuka Taiwan, saya hanya menyasarkan berada dalam kelompok lapan pemain teratas tetapi selepas kejayaan itu (juara Terbuka Taiwan) dan layak ke Piala Dunia, saya menyasarkan untuk muncul tiga pemain terbaik dunia," katanya sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada Isnin.

Kejayaan pemain tinggi lampai berusia 26 tahun itu menjulang Piala Dunia QubicaAMF melengkapkan koleksi gelaran utama di peringkat antarabangsa untuk Malaysia.

Malaysia pernah mengecapi kejayaan dalam semua saingan peringkat tertinggi termasuk Kejohanan Dunia, namun tidak Piala Dunia, pertandingan individu yang mempunyai sejarah penganjuran sejak 1965, menjadi satu-satunya gelaran tidak terjangkau mana-mana pemain negara sebelum Syafiq menamatkan penantian Malaysia melalui edisi kali ini. - Bernama

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks