Doa Penyeri dan Pemanis Wajah

Assalamualaikum, admin nak kongsikan doa kecantikan untuk menaikkan seri wajah atau muka daripada surah Yusuf.

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik-baiknya selepas solat).

Maksud Surah Yusuf Ayat 4:
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku"

Setelah membaca surah di atas teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Tahaa Ayat 39.

Maksud Surah Tahaa Ayat 39:
...dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu.

Cara-caranya:
1. Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
2. Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Peringatan
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf Ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan Surah Thaahaa Ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan Doa Penyeri dan Pemanis Wajah ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks