Doa Cepat Bertemu Jodoh

Assalamualaikum, bagi yang belum mendirikan rumahtangga tetapi berhajat untuk berkahwin,anda boleh mengamalkan 3 doa untuk cepat bertemu jodoh buat dijadikan pasangan hidup anda kelak. Sememangnya doa adalah usaha yang terbaik kerana dengan berdoa,anda meminta kepada Pencipta agar memperkenankan setiap hajat anda.

Di dalam rancangan Semanis Kurma, Ustazah Norbahyah ada memberikan 3 doa untuk cepat bertemu jodoh dan berkekalan selamanya. Jodoh yang baik sudah pasti akan menjamin kerberkatan rumahtangga dan seterusnya melahirkan ummah yang cemerlang dan terbilang.

Lagipun jika anda berkahwin, anda telah meramaikan lagi jumlah umat islam di muka bumi ini. Bahkan ada juga sabda Nabi dalam Perkahwinan yang diriwayatkan oleh Al Bukhari iaitu

Perkahwinan itu sunnahku,sesiapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia bukan dari kalangan umatKu

Jelas memperlihatkan mengapa orang Islam digalakkan untuk berkahwin.

Doa Untuk Cepat Bertemu Jodoh Yang Soleh
Kelebihan Surah Yusof , ayat 4


(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya. Wahai ayahku!Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan dan melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.

Terdapat beberapa kelebihan surah yusof dan diantaranya adalah orang akan hormat dengan diri kita dan tidak akan marah tanpa sebab yang munasabah.

Kelebihan Surah Yunus , ayat 81


Setelah mereka campakkan (benda-benda itu),Nabi Musa berkata,Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya(dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) Sesunggunya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.

Adakalanya tanpa kita sedari, sebenarnya ada manusia yang mempunyai perasaan dengki terhadap diri kita. Walaupun dihadapan kita sikapnya adalah terbaik, tetapi dibelakang,dia cuba 1001 cara untuk menjatuhkan diri kita hanya untuk kepuasan yang sementara.Oleh itu dengan mengamalkan doa dari surah yunus ini, kita berdoa agar dilindungi dari sebarang ilmu sihir kerana yakin dan percaya semua kekuasaan adalah hanya dari Allah S.W.T sahaja.

Kelebihan Surah Qasas , ayat 24


Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.

Ketika Nabi Musa A.S berdoa dengan ayat ini, baginda adalah seorang yang fakir dan amat memerlukan pertolongan daripada Allah pada ketika itu. Di dalam sejarah ada menceritakan selepas itu Nabi Musa telah mendapat perkerjaan dan berkahwin dengan salah seorang puteri yang ditolongi olehnya pada ketika dia berada dalam kesusahan. Oleh itu kita seharusnya berdoa dan meminta hanya kepada Allah dan biarlah keadaan dimana jiwa kita dalam keadaan yakin 100% kepada Pencipta.

Ketiga-tiga ayat diatas adalah sesuai diamalkan selepas solat dan sebelum tidur, untuk cepat bertemu jodoh dan InsyaAllah setiap perkara yang baik pasti akan dipermudahkan olehNya.

0 comments:

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks