Bumi Akan Bergelap 3 Hari Adalah Tidak Benar

Alam Cakerawala
  Assalamualaikum, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan pada laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai pada 23 Disember hingga 25 Disember 2012 berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Bima Sakti (Galaksi) akan berada pada kedudukan selari.

  Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau (Dark Dust Clouds) berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penglihatan penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu.

Sebelum kedatangan Black Dust Clouds
  Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya graviti daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta. Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Beginikah Keadaan Bumi Kita Nanti
  Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi, maka bumi akan bergelap. Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.

Charles F. Bolden, JR
  "Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu. Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahgunakan oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya.

"Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012"," katanya. - Bernama

  Daripada petikan sumber-sumber blog-blog dan laman web yg lain , ramai orang seluruh dunia telah pun membeli bahan-bahan keperluan yg utama untuk persediaan menghadapi fenomena tersebut (jika benar) termasuk rakyat di dalam negara kita .

:- Nak beli lilin , lampu suluh , bateri lebih sikit , gelap tu mmg xnampak jalan . masuk tidur selama 3 hari XD . Ini semua kerana ramalan kalender puak suku Maya tentang 'The End Of The World" pada tahun 2012 . Macam2 ramalan dan tafsiran dari masyarakat dunia. Allah maha kuasa dan berserah kepadanya .

2 comments:

miss ct said...

Assalamualaikum...

jangan percaya sgt dgn benda2 mcm ni... kuasa Allah melebihi kuasa manusia...

Unknown said...

Waalaikumsalam miss ct , betul tu betul , hanya Allah yg tahu semuanya

Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks