Featured Article
Showing posts with label putih. Show all posts
Showing posts with label putih. Show all posts

Schafer Mahu Anak Buahnya Menang Melawan Malaysia Esok

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 12 Dis - Thailand akan turun padang untuk menang, bukan mahu sekadar seri tanpa jaringan bila menentang Malaysia pada perlawanan bola separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Supachalasai, Bangkok esok, kata jurulatihnya, Winfried Schafer. .


Diberi gelaran 'Changsuk' atau Gajah Perang, pasukan Thai hanya perlu seri 0-0 melawan juara bertahan, Malaysia, di padang sendiri untuk ke peringkat akhir selepas seri 1-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini Ahad lepas.

"Kami tidak mahu bermain untuk seri. Kami tidak mahu ke peringkat akhir nanti hanya setakat seri sebanyak dua kali," kata Schafer yang dipetik akhbar Bangkok Post.

"Keyakinan pemain kami kini memuncak selepas seri 1-1 ketika bermain di Kuala Lumpur. Kami rasakan akan menjadi pemenang dalam perlawanan di Bangkok nanti," kata jurulatih kelahiran Jerman itu.

Pemenang dalam perlawanan di Bangkok akan berdepan sama ada Singapura atau Filipina dalam dua perlawanan peringkat akhir pada 19 dan 22 Dis. - Bernama

Malaysia Berdepan Laluan Sukar Apabila Seri 1-1 Dengan Thailand

Assalamualaikum, KUALA LUMPUR, 9 Dis - Malaysia gagal memanfaatkan peluang terbaik beraksi di halaman sendiri apabila seri 1-1 menentang Thailand pada separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini Ahad malam.

Keputusan itu ternyata menyaksikan anak buah Datuk K. Rajagobal berdepan tugas sukar apabila kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai di Bangkok pada Khamis ini.

Malaysia, juara bertahan, bermula garang di awal babak permainan dengan asakan ke kubu pertahanan Thailand namun ketumpulan jentera serangan menafikan peluang yang terhidang.

Sebaliknya, Thailand yang sekali-kala melancarkan serangan ke arah pintu gol tuan rumah hampir memecah kebuntuan pada minit ke-19 apabila sepakan kencang Phichitphong Choeichiu dari luar kotak penalti berjaya ditepis keluar Mohd Farizal Marlias.

Tersentak dengan percubaan tersebut, pemain Harimau Malaya kembali mengatur serangan dan hasil hantaran silang Mohd Bunyamin Omar, gagal ditanduk kemas Azammuddin Mohd Akil pada minit ke-20.

Malaysia berpeluang berada di hadapan pada minit ke-32 namun kuisan Baddrol Bakthiar menerusi sepakan sudut Safiq Rahim berjaya ditampan keluar penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.

Seminit kemudian giliran Safiq pula mengancam pintu gol lawan tetapi sepakan percumanya ditepis keluar penjaga gawang Thailand untuk kedudukan tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Tiga minit selepas permainan bersambung, Norshahrul Idlan Talaha kembali menemui rentak pemusnah apabila menanduk masuk gol pertama Harimau Malaya hasil hantaran silang Mahali Jasuli.

Ketinggalan satu gol, skuad Gajah Putih mengasak pintu gol tuan rumah namun benteng pertahanan Malaysia kebal daripada dibolosi.

Norshahrul, pemain paling bernilai, hampir menggandakan jaringan pada minit ke-63 selepas berjaya mengelecek pertahanan Thailand namun sepakannya dalam kotak penalti sedikit tersasar.

Thailand hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-66 apabila rembatan kencang pemain gantian Apipoo Suntornpanavej ditepis keluar oleh Mohd Farizal untuk sepakan sudut.

Pasukan pelawat akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi penyerang berbisa mereka, Teerasil Dangda yang menanduk masuk bola hasil umpaman rakan sepasukan untuk menewaskan Mohd Farizal.

Kelantangan jurulatih Thailand, Winfried Anton Schafer yang sering membantah keputusan pengadil akhirnya membawa padah padanya apabila beliau diarah meninggalkan padang pada minit ke-81.

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya pasukan Malaysia untuk merencanakan gerakan dan Safee Sali yang masuk menggantikan Amar Rohidan hampir meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-87 namun tandukannya ditepis keluar penjaga gol Thailand.

Pada babak-babak akhir permainan, Malaysia mengatur serangan bertali arus ke kubu Thailand namun peluang yang ada disia-siakan untuk kedudukan tersebut kekal sehingga tamat permainan. - Bernama

Kisah Tentera Berseragam Putih di Gaza

Assalamualaikum, admin pernah baca kisah ni dulu dlm sebuah buku ilmiah tapi belum ada berita yg rasmi dan kali ni admin nk kongsikan kisah ni dgn korang semua :D


Kejadian ini berlaku pada tahun 2009,

Ada “pasukan lain” membantu para mujahidin Palestin. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.

Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.

Seluruh anggota keluarga diperintahkan duduk di sebuah ruangan. Salah satu anak laki-laki disoal mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.

ketika disoal-siasat tentera yahudi, sebagaimana ditulis laman Filisthin Al Aan (25/1/2009), memaparkan cerita seorang mujahidin al-Qassam, lelaki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentera itu malah marah dan memukulnya hingga lelaki malang itu pengsan.

Selama tiga hari berturut-turut, setiap kali ditanya, laki-laki itu menjawab bahwa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentara itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, “Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih!”

Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestin di situs milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya “pasukan lain” yang tidak dikenal. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandunya ditanya apakah dia berasal dari kelompok Hamas atau Fatah? pemandu malang itu menjawab, “Saya bukan kelompok mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan.”

Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya, “Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, masuk kelompok mana?”

Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. “Saya tidak tahu,” jawapan satu-satunya yang ia miliki.

Cerita mengenai “pasukan lain” juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang handak mengungsi bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel.

Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis.” Kenapa kalian menangis?” tanyanya.
“Kami menangis bukan kerana risau keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kelompok lain yang bertempur memporak-porandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang,” jawabnya.
Saksi tentera Israel ...

Cerita tentang “Tentera berseragam putih” tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa orang pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa.

laman web al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.
“Ketika saya berada di Gaza, seorang tentera berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, pada saat itu juga saya buta,” kata anggota pasukan ini.
Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan “hantu”. Tidak diketahui dari mana asalnya, bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.

Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan,
“Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih dengan janggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati.”


Adakah pasukan berbaju putih itu adalah MALAIKAT bantuan Allah, sebagaimana Allah telah membantu dalam perang Badar dalam Al Quran?

“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu: "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut".(QS 8 : 9)
Suara Tak Bersumber ...

Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di situs Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan (Ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).

Sang khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah periuk api yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.

“Saya telah menanam sebuah periuk api. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai kereta kebal yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam periuk api,” kata pejuang tadi.

Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas kerana berfikir periuk api itu tidak meletup dengan besar. Maklum, jumlah musuh amat banyak.

Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara “Utsbut, tsabatkallah” yang maknanya kurang lebih, “tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu.” Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali.

“Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kapada saya. Akan tetapi saya malah terkejut, kerana tidak ada seorang pun yang bersama saya,” ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib.

Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah kereta kebal melewati periuk api yang tertanam, sesuatu yang “ajaib” terjadi. Periuk api itu justeru meledak amat dahsyat. Kereta kebal yang berada di dekatnya langsung hancur. Banyak tentera Israel mati serta merta. Sebahagian dari mereka harus diangkut oleh helikopter. “Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat,” kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.

Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam laman alraesryoon.com, juga menyokong kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan,
“Ketika saya mengamati gerakan kereta kebal di perbatasan kota, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali cuba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahwa suara itu tidak keluar kecuali dari bebatuan dan pasir.”


Sudah Meledak, Periuk Api Masih Kekal ...

Satu kejadian “aneh” terjadi di Gaza Selatan, tepatnya di daerah AI Maghraqah. Saat itu para mujahidin sedang memasang periuk api. Di saat menghulur kabel, tiba-tiba sebuah pesawat pengintip Israel mengesan mereka. Bom pun langsung digugurkan ke lokasi itu.

Untunglah para mujahidin selamat. Namun, kabel penghubung periuk api dan pemicu yang tadi hendak disambung telah terputus. Tidak ada kesempatan lagi untuk menyambungnya, kerana pesawat tadi masih berlegar-legar di atas.

Tak lama kemudian, beberapa kereta kebal Israel mendekati lokasi di mana periuk api tersebut ditanam. Bukan sekadar melewati, kereta kebal itu malah berhenti tepat di atas peledak yang sudah tak berfungsi itu.

Apa daya, kaum Mujahidin tak bisa berbuat apa-apa. Kabel periuk api jelas tak mungkin disambung, sementara kereta kebal Israel telah berkumpul tepat di atas periuk api itu.

Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebagian yang lain berdoa, “allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum,” yang maknanya, “Ya Allah, sebagaimana engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan serupa.”

Tiba-tiba, ketika fajar tiba, terjadilah keajaiban. Terdengar ledakan dahsyat persis di lokasi penanaman periuk api yang tadinya tak berfungsi.

Setelah Tentara Israel pergi dengan membawa kerugian akibat ledakan lersebut, para mujahidin segera melihal lokasi ledakan. Sungguh aneh, ternyata seluruh periuk api yang telah mereka tanam itu masih kekal. Dari mana datangnva ledakan? Wallahu a’lam.

Masih dari wilayah Al Maghraqah. Saat pasukan Israel menembakkan artileri ke salah satu rumah, hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya, para mujahidin kuathir jika api itu tak dapat dikawal.

Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa, “Wahai Dzat yang merubah api menjadi dingin dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu.”

Maka, tidak lebih dari tiga minit, api pun padam. Para mujahidin menangis terharu kerana mereka merasa Allah Subhanuhu wa Ta’ala (SWT) telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.
Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Malaysia Backlinks Free Auto Backlinks Free Autom Backlink Generator Free Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma Free Auto Backlinks

Popular Posts

Powered by Blogger.